Thursday, November 26, 2009

Tok Guru

Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan. Jika tidak, saya akan memanggilnya, “Wahai si bodoh.

Inilah sebahagian ungkapan yang telah dinyatakan oleh anak Tok Guru dalam blognya baru-baru ini. Isu yang melingkari Tok Guru sejak akhir-akhir ini telah sedikit sebanyak membuka mata pemerhati politik.

Saya secara peribadi tidak pernah berjumpa apatah lagi berkenalan dengan Tok Guru. Tetapi sering mengambil tahu dan mengikuti perkembangan beliau. Apa pun yang ingin saya kongsikan iktibar dari semua yang berlaku ini mengingatkan saya terhadap perisitiwa yang telah berlaku hampir 15 tahun yang lampau.

Di ketika mana saat Al-Arqam telah diharamkan secara rasmi dengan disusuli tindakan menutup semua markas dan perkampungan mereka diseluruh Malaysia. Manakala Ust.Ashaari pula telah diekstradisi secara paksa dari Thailand dan setelah itu ditahan pula dibawah ISA selama 10 tahun.

Apa yang menariknya peristiwa disebalik itu ialah mengenai campurtangan keluarga Ust.Ashaari selama ini terhadap corak pimpinan beliau yang beroperasi dari luar Malaysia. Dipenghujung usia jemaah Al-Arqam itu banyak kenyataan yang telah dikeluarkan terutama melalui Ummu Jah telah menimbulkan fitnah yang bukan sedikit, sehingga menimbulkan banyak konflik dan percanggahan pendapat dan arahan yang bertindih-tindih. Siapa yang tidak kenal dengan watak-watak seperti Ummu Jah,Fakhurrazi,Nizamuddin & Nasrullah. Mereka adalah merupakan ahli keluarga Ust.Ashaari dan paling berpengaruh dikalangan ahli jemaah Al-Arqam. Dan Ust.Ashaari sendiri tidak dapat berbuat apa-apa.

Dan sehingga kini walaupun Jemaah Al-Arqam telah tiada tetapi watak-watak itu masih terus mengelilingi beliau. Bayangan beliau telah ter"shadow" dek mereka ini. Peribadinya juga telah tercalar juga kerana tindakan-tindakan mereka ini.

Saya kadangkala merasa hairan kenapa orang melayu selalu sahaja mengangkat martabat seorang manusia yang lain terlalu tinggi hingga kadangkala hampir menyamai taraf Nabi kalaupun tidak digelar Nabi. Hanya kerana amalan mereka dan keterampilan mereka. Hingga kerana itu mereka semacam tidak pernah bersalah.

Begitulah apa yang telah berlaku sekarang terhadap peribadi Tok Guru. Drama saat Al-Arqam hancur kini telah diulang tayang semula cuma watak-wataknya sahaja yang bertukar kepada Ariffahmi,KickdeFella,Nik Abduh dan Husam.

Peribadi Tok Guru yang simple dan merendah diri selama ini telah tercalar dengan isu MPKB melalui watak utama seperti Ariffahmi dan Kickdefella. Bayangkan selepas ini akan banyak lagi isu-isu yang bakal dibongkar oleh mereka-mereka ini yang akibatnya nanti akan menghancurkan imej Tok Guru sendiri. Kenyataan oleh Nik Abduh juga akan bakal menambah marak api kehancuran imej Tok Guru itu nanti.

Akhirnya insan bersih seperti Tok Guru akan mengikut jejak Ust.Ashaari yang bakal musnah imejnya dan tercalar peribadinya dek kerana fitnah dan tempias api dendam setengah pihak yang bermusuhan didalam jemaah Tok Guru. Inilah yang kita bimbangkan. Pada pendapat saya eloklah jika benar-benar Tok Guru mahu berehat dan meninggalkan terus dunia politik ini yang kotor dan menipu daya. Didiklah ahli-ahli jemaah agar lebih membesarkan akhirat berbanding dengan dunia. Ingatkan mereka dengan akhlak Khulafa Ar-Rasyidin yang menangis bila diberikan jawatan. Bimbang bakal dipertanggungjawabkan. Cerita mengenai Umar Ibnu Aziz yang enggan menggunakan pelita ketika berbicara bersama-sama anaknya bimbang menyalahgunakan hak kerajaan. Begitu halus budi pekertinya.

Juga cerita mengenai Ali yang berhenti melawan ketika dia diludah oleh musuhnya,bimbang jika dia melawan bukan kerana Allah sebaliknya kerana nafsu. Cerita begini hendaklah senantiasa diulang tayang terutama kepada ahli-ahli jemaah Tok Guru sendiri. Agar mereka dapat menghayatinya secara sungguh-sungguh. Sehingga menjadi budaya hidup yang akhirnya dapat memberi contoh teladan yang baik buat rakyat jelata terutama rakyat Kelantan.

Saya berdoa agar Allah akan sentiasa memelihara Tok Guru dan membersihkan beliau dari segala fitnah dan hasad dengki manusia. Dipanjangkan umur agar dapat mendidik manusia kembali kejalan Allah. Wallahualam.






Monday, November 9, 2009

Iktibar dari PAS


Sejak kejatuhan empayar Daulah Islamiah (Othmaniah) di Turki sekitar tahun 1920an dengan dikepalai oleh Mustafa Kamal Attartuk. Islam semakin menuju dunia gelap. Daulah Islamiah semakin jauh dan semakin kabur dari pandangan umat Islam sendiri.Hukum dan syariat Allah semakin dilupakan dan dibuang jauh oleh orang Islam sendiri.

Namun begitu usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pejuang-pejuang Islam untuk memelihara bara-bara api agama itu masih tetap subur dan bersilih ganti pelopornya sehingga kini. Dengan menggunakan berbagai nama dan bentuk jemaahnya, mereka bergelanggang dimana-mana.

Bermacam-macam cara dan kaedah yang telah digunakan oleh mereka demi melihat Islam subur dimuka bumi Allah ini dan hukum Allah berdaulat. Ada diantara mereka yang memilih bidang ilmiah dan ekonomi untuk berjuang, tidak kurang juga yang memilih jalan tariqat yang cenderung kearah evolusi iaitu (jalan menawan hati) mungkin ada yang lebih ekstrem daripada itu memilih jalan peperangan untuk berjuang. Sehingga ramai diantara mereka yang syahid demi kerananya.

Di Negara kita sendiri sudah sekian banyak jemaah Islam yang muncul. ada yang telah berkubur dimamah sejarah seperti Darul Arqam,tidak kurang juga yang masih hidup subur walaupun mungkin tidak segah dulu seperti ABIM,Jemaah Tabligh,JIM dan lain-lain.

Tetapi diantara sekian banyak jemaah Islam yang pernah wujud di Malaysia,saya tertarik untuk memperkatakan tentang jemaah PAS. Sejak tertubuhnya jemaah ini sekitar tahun 1950an dengan di pelopori oleh Ustaz Ahmad Fuad (walaupun setengah sumber mengatakan diasaskan oleh Ustaz Dr.Burhanudin Helmi) PAS bergerak perlahan-lahan mendaki kemercu kejayaan dengan menggunakan kaedah politik demokrasi.

Sudah sekian banyak tokoh-tokoh yang pernah menempah nama didalam Jemaah PAS,sekadar menyebut beberapa nama Ustaz Yusuf Rawa,Ustaz Fadhil Noor,Ust.Nakhaie Ahamad,Datuk Asri Muda dan lain-lain. Hingalah kesaat ini ianya telah diterajui oleh Presiden PAS Ustaz Hadi Awang dan Ustaz Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am).

Dengan menggunakan beberapa slogan seperti Negara Islam,Daulah Islamiah dan yang terbaru Negara berkebajikan. PAS masih tetap gah dan mara menuju cita-citanya. PAS FOR ALL! satu slogan yang dapat menarik kaum lain untuk kalaupun tidak menyertainya tetapi berkerjasama dengan PAS.

Kehadiran tokoh-tokoh muda yang tidak berasaskan pendidikan agama secara khusus (baik dari segi ilmu apatah lagi keterampilan) sedikit sebanyak telah merubah corak dan gaya perjuangan PAS yang terkenal dengan ekstrim dan gaya keras samada melalui pidato ataupun bahan bacaan serta penampilan mereka. PAS yang diasaskan dulu oleh tokoh-tokoh agama yang cenderung kepada asas agama yang kuat serta keterampilan agama (jubah dan serban) kini semakin pudar.

Sejak kemenangan yang tidak diduga oleh Pakatan Rakyat (gabungan parti PAS,PKR dan DAP) dalam tahun 2008, dengan menguasai 6 buah negeri termasuk WPKl,dari sehari kesehari kita melihat PAS semakin banyak berubah. Perkembangan ini pada pandangan saya telah sedikit sebanyak menghakis konsep dan hala tuju perjuangan PAS itu sendiri.

Jika sebelum ini,PAS begitu kuat dan gagah dengan pendirian Islamnya yang walaupun dalam banyak hal kelihatan keras dan tidak berhikmah,namun dari segi maruah dan jati dirinya ianya tetap dikenal dan mewakili kapasiti Jemaah Islam yang radikal.

Saya rasa ini ada kaitannya dengan pengaruh dan reform yang telah dibuat oleh tokoh-tokoh muda yang saya sebutkan tadi. Sejak akhir-akhir ini PAS semakin hilang taringnya dihadapan umat Islam sendiri, khususnya di Malaysia. Apakah kerana ingin mengambil hati rakan-rakan dalam pakatan yang banyak terdiri daripada orang bukan Islam maka PAS harus mengorbankan prinsip-prinsip asasnya?

Amatlah malang sekali jika perkara itu terjadi. Walaupun saya pada umumnya banyak tidak setuju dengan jemaah PAS ini tetapi saya merasa sedih jika kehilangan PAS yang pernah saya kenali dahulu. PAS lah satu-satunya parti yang berlabelkan Islam yang akan bangkit menentang apa saja penyelewengan mahupun sesuatu yang bercanggah dengan hukum agama.

Tetapi apa yang saya perhatikan penyelewengan itu telah pun menjangkiti orang-orang PAS sendiri. Dimanakah silapnya? Apakah tarbiah dan taalim yang dijalankan sejak sekian lama tidak mendatangkan kesan? Mungkinkah kerana terlalu melihat kesilapan orang lain sehingga terlupa untuk mendidik anak buah sendiri. Pekung yang selama ini telah ditutup kemas telah terbuka perlahan-lahan. Onar dan nanah yang membusung menunggu hari untuk pecah!

Disaat dan ketika ini PAS haruslah bangkit segera,baiki diri dan hubungan dengan Allah. Rapatkan barisan,ukhuwah harus dipupuk demi semata dan kerana Allah. Didik ahli dengan ilmu yang sumbernya bernas dan sesuai dengan zaman ini. Banyakanlah merintih dan mohon petunjuk Tuhan agar kita dapat mengenali siapa mereka-mereka yang berwatak pura-pura dengan niat mahu menghancurkan jemaah ini.

Kurangkan berseminar dan berforum mahupun berdemonstrasi, sebaliknya lebihkan amalan soleh, khidmat masyarakat tidak kurang juga program qiamulail dan munajat. Insya Allah Tuhan beri petunjuk dan pedoman dan selamatkan diri kita. Ingatlah parti,jemaah,harta,kuasa dan pangkat hanyalah alat bukan matlamat!.




Tuesday, September 15, 2009

Politik warisan dan Legasi Politik

Politik Warisan

Pemimpin politik di Malaysia adalah antara pemimpin-pemimpin yang berjaya mewariskan perjuangan dan kuasa mereka kepada anak masing-masing. Sekadar menyebut beberapa nama seperti Abd.Razak-Najib, Mahathir – Mukhriz, Hussein Onn – Hishamuddin, Ibrahim – Anwar, Abu Bakar Titingan – ( Baharom,Tawfiq & Nizam ), Taib Mahmud – Sulaiman Taib.


Inilah adalah diantara senarai mereka-mereka yang telah berjaya mengekalkan warisan perjuangan dan kuasa mereka sama seperti Raja-Raja Melayu mewariskan kuasa dan tahta kepada Putera Mahkota.


Jika hendak diukur tahap dan prestasi masing-masing berbanding dengan generasi bapa-bapa mereka tentulah jauh panggang daripada api. Kebanyakan daripada anak-anak mereka ini membesar dan mendapat pendidikan di luar negara. Kehidupan mereka dibanding dengan rakyat jelata bagaikan langit dengan bumi.


Tetapi realiti yang berlaku kini, anak-anak inilah yang telah mengambil tempat bapa-bapa mereka sekarang. Amat payah bagi mereka untuk menghayati dan merasa kehidupan bersama rakyat. Walau slogan dan motto perjuangan dicanai dengan slogan perjuangan untuk rakyat,ular yang menyusur akar,takkan hilang bisanya,rakyat diutamakan. Semua ini bagaikan cerita-cerita dongeng yang di bacakan kepada anak kecil sewaktu mereka hendak tidur.


Seringkali juga kita melihat kebanyakan daripada pemimpin-pemimpin ini turun ke gelanggang,tetapi turunnya mereka dari tahta bagaikan putera kayangan. Dengan rombongan Cik Kiah yang ramai,kawalan yang ketat,jarak yang amat luas diantara tempat mereka dengan rakyat, dan juga dengan sedikit bantuan yang ”sekadar melepas batuk ditangga”,ditambah dengan liputan yang meluas dan propoganda dari pihak media,kelihatan seolah-olah mereka benar-benar menghayati masalah dan kepayahan hidup rakyat.


Inilah hakikatnya,mereka naik keatas adalah kerana hasil perjuangan dan strategi berhemah ayahanda mereka. Mereka dapat tempat bukan kerana kebijaksanaan,lebih-lebih kerana kredbiliti masing-masing. Dan ironinya rakyat Malaysia menerima sahaja pemimpin-pemimpin instant yang begini.


Berbeza dengan politik di Barat. Pemimpin-pemimpin mereka dipilih dan terpilih adalah kerana kemampuan dan kelayakan serta sokongan penuh dari rakyat. Di Barat,IQ menjadi nilai/aset penting untuk melayakkan seseorang menjadi ahli politik. Bukan politik keturunan atau warisan.


Saya teringat apa kata Saidina Umar,bila mana ada sahabat mencadangkan agar anaknya Abdullah bin Umar menggantikan tempatnya,katanya,”Cukuplah hanya seorang Umar sahaja yang memegang jawatan khalifah dan di soal akan tanggungjawabnya di depan Allah nanti. Jangan ada lagi Umar yang kedua untuk menanggung bebanan dan tanggungjawab yang besar ini. Tegas dan berhikmah sekali.


Tiada profesion Pemimpin.


Pemimpin bukanlah satu profesion biasa yang boleh ditangani dengan mudah. Tanpa persediaan yang cukup,maka akan lahirlah pemimpin-pemimpin yang instant yang tidak tahan godaan dan tidak mampu melawan hawa nafsu sendiri.


Jawatan pemimpin dijadikan sebagai batu loncatan untuk menambah kekayaan. Ganjaran menjadi keutamaan berbanding dengan peranan. Apabila menang pilihanraya,mereka mengaut untung dengan status ADUN dan MP. Wang yang diperolehi dilaburkan kepada orang-orang dalam parti demi survival mereka. Kemudian mereka bertanding dan menang lagi...Dan megaut untung,kemudian dilaburkan lagi..Begitulah sifir mudah politik wang.


Kualiti pemimpin tidak sama dengan kualiti makanan segera yang sifatnya cepat dimasak,cepat pula dimakan. Pemimpin yang muncul mendadak,lebih-lebih lagi menang dengan cara kotor,akan cepat naik,cepat pula jatuhnya..samalah seperti mi segera.cepat dimasak,sedap dimakan,cepat pula dibuang...


Robin Sharma dalam bukunya bertajuk: The Greatness Guide, ” BEING A LEADER ISN’T ABOUT BEING LIKED,ITS ABOUT DOING WHATS RIGHT!


Memahami erti kepimpinan dan menguasai ilmu tentang elemen-elemen asasnya,adalah merupakan prasyarat buat seseorang menjadi pemimpin. Bayangkan sahaja,sedangkan tukang masak pun mesti mempunyai ilmu tentang masakan,inikan pula tugas seorang pemimpin..yang mengurus dan memimpin manusia.

Sunday, September 13, 2009

UMNO bakal kalah teruk PR ke 13?



Sesuatu yang amat menarik untuk diambil perhatian mengenai pendapat terbaru yang telah dilontarkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir didalam blog beliau ialah mengenai masa depan UMNO. Bernas dan berani pada saya.Iktibar daripada kekalahan parti LDP di Jepun,secara jujurnya memang patut untuk diambil contoh oleh UMNO. Kekalahan UMNO didalam PRK secara berturut-turut mengambarkan tentang betapa rapuh dan lemahnya kepimpinan UMNO dimasa kini.

Secara jujur juga saya melihat walaupun Pakatan Rakyat mempunyai banyak kelemahan tertentu,tetapi mereka bijak menanganinya. PR walaupun mempunyai dasar dan ideologi parti yang berlainan tetapi boleh duduk bersama menentang UMNO.Dan apa yg paling penting atas motto "Perjuangan untuk rakyat" mereka diterima baik oleh rakyat.

Persoalannya,kenapakah mereka menentang UMNO dan BN bersungguh2? Apakah dosa yang UMNO dan BN telah lakukan sehinggakan seolah-olah tidak ada lagi kebaikan yang ada pada UMNO dan BN di mata mereka. Sia-siakah selama ini apa yang UMNO dan BN telah perbuat untuk rakyat? tempoh 52 tahun mungkin lebih, memerintah bukanlah satu tempoh yang sekejap,mungkin telah terlalu lama sehinggakan rakyat merasakan mereka patut untuk membuat perubahan!

Secara peribadi saya mengatakan, rakyat Malaysia harus belajar menerima sebarang perubahan,tidak kira apa jua. Walaupun siapa pun pemerintah di Malaysia,selagi manusia tidak kenal,cinta dan takutkan Tuhan,selagi itu mereka tidak akan merasa puas,bersyukur dengan apa yang ada.

Manusia akan hidup terseksa,menderita sepanjang masa. Bertambah malang dari itu ideologi-ideologi barat menjadi pedoman hidup mereka. Hidup mereka makin sesat dan hilang arah. Bermula dari pemerintah,ulama,pemimpin masyarakat,ketua jabatan,ketua kampung dan ketua keluarga semuanya akan jadi kucar kacir.

Teringat akan hadis Nabi yang bermaksud; "Didalam diri manusia itu ada seketul daging,jika baik daging itu maka baiklah seluruh jasadnya,jika rosak daging akan rosaklah jua seluruh jasadnya,ketahuilah oleh mu itulah hati."

Sama-samalah kita berdoa dan berusaha untuk membaiki hati-hati kita agar menjadi orang yang kenal,cinta dan takutkan Tuhan sepanjang masa. Kerana tidaklah bernilai apa-apa hidup kita ini jika yang dikenal,dicinta dan ditakuti adalah selain dari ALLAH. Persoalannya belumkah lagi sampai masanya untuk kita kembali mengamalkan dan memperjuangkan hak Allah ini? Wallahualam

Saturday, September 12, 2009

NAJIB-UMNO Parti Islam


SIK 10 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, UMNO adalah sebuah parti Islam yang sebenar walaupun ia tidak menggunakan label Islam dalam membela dan merancang pembangunan umat di negara ini. Utusan Malaysia 11 Sept. 2009


Nah! kini faktor Islam telah pun menjadi faktor penting dalam dunia politik semasa Malaysia. Umum mengetahui bahwasanya DS Najib bukanlah berkelulusan agama dan lebih-lebih lagi tidak mempunyai latarbelakang agama yang kukuh seperti pemimpin-pemimpin didalam Pas. Apakah agaknya yang mendorong beliau untuk berkata dan membuat kenyataan sedemikian yang UMNO adalah parti Islam? Apakah ini hanyalah merupakan retorik kosong demi untuk mengambil hati umat Islam di Malaysia? Jika Ya,apakah relevannya,sehingga memaksa beliau bertindak demikian. Tegasnya faktor Islam bukan sahaja relevan malah semakin relevan dalam pencaturan politik Malaysia dulu,kini dan selamanya. Islam menjadi pertimbangan utama buat para pengundi Melayu dan bukan Melayu dalam menentukan kepimpinan. Di saat suasana politik yang belum stabil kini,kita telah dihidangkan pula dengan satu proses demokrasi yang baru iaitu PRK Dun Bagan Pinang walaupun proses PRK Dun Permatang Pasir baru sahaja selesai. Saya merasakan proses pilihanraya kali ini kemungkinan membawa banyak isu-isu hangat yang perlu diselesaikan oleh BN sendiri.

Diketika saat rumah tangga BN yang berkecamuk antara satu sama lain terutama dengan karenah dan tingkah laku pemimpin-pemimpin utama dari kompenen BN sendiri iaitu MCA dan MIC. Tentu ianya tidak dapat tidak akan meninggalkan impak yang bukan sedikit buat BN pada keseluruhannya,terutama sekali pada pemimpin utama BN sendiri iaitu DS Najib.Saat dan ketika ini kepimpinan DS Najib benar-benar teruji.apakah beliau mampu untuk menyelesaikan kemelut dalaman ini? Jika gagal,pasti akan da pihak yang akan mengaut untung dari itu.

BN pada tahun 2004,mendapat kemenangan yang amat besar melebihi 2/3 apabila gagasan Islam Hadhari dipopularkan. Umat Islam di Malaysia merasa sangat tertarik dengan gagasan Islam UMNO ketika itu,berbanding dengan gagasan Islam tajaan Pas.Ditambah pula dengan keterampilan Perdana Menteri ketika itu yang dilihat sebagai pemimpin Islam yang berwibawa.

Tetapi keadaan berubah arah hampir secara drastik pada 2008,apabila orang melayu mula kecewa bila wadah Islam Hadhari semacam kosong tanpa pengisian. Orang melayu yang mengharapkan pembangunan fizikal dan nilai-nilai Islam dibangunkan secara bersepadu mula kecewa.Harapan untuk melihat pembangunan fizikal dan Islam dilaksanakan secara bersepadu tidak kesampaian,rakyat yang kecewa berpatah semula menyokong Pas.

Kemuncak dari itu mengakibatkan pada tahun 2008, BN kalah teruk walaupun masih kekal sebagai pemerintah. Gagasan Islam Hadhari tinggal kenangan dan yang lebih parah dari itu pimpinan UMNO Tun Abdullah Ahmad Badawi diserang,dipersalahkan,dimalukan bukan oleh pengundi-pengundi tetapi oleh ahli UMNO sendiri,hingga memaksa beliau meletakkan jawatan.

Tetapi apa yang menarik untuk diperkatakan disini ialah, Pas sebuah parti Islam yang dianggap Ultra Islam selama ini tiba-tiba mendapat tempat hasil daripada perubahan berani yang UMNO telah lakukan dengan mengistytiharkan Islam sebagai motto perjuangan mereka. Lembu punya susu,sapi dapat nama. Pas yang selama ini dianggap sebagai Parti Ekstrim Islam telah bertukar wajah dan mula memberi ruang yang luas untuk bukan Islam mendekati mereka. Sehinggakan ada dikalangan calon bukan Islam bertanding menggunakan tiket Pas. Slogan Negara Islam telah bertukar menjadi Negara Berkebajikan!

Kesan daripada pendekatan politik berlabel Islam ini bukan sedikit. Impaknya juga dirasai oleh rakan-rakan pakatan Pas yang lain,iaitu DAP dan PKR. PKR dengan diketuai oleh DS Anwar memang telah pun lama sinonim dengan imej Islam beliau. Malah DAP sendiri sudah mula berani menggunakan ayat-ayat Al-Quran dalam ceramah-ceramah mereka. Malah sudah ada bahagian-bahagian DAP yang menonjolkan orang Islam sebagai Ketua Bahagian mereka. Hilang sudah bisa Karpal Singh yang telah berkata "Langkah mayat saya jika ingin tegakkan Negara Islam di Malaysia". Inilah kerja Tuhan! Bila-bila masa sahaja Tuhan berhak bertindak untuk memuliakan agamanya.

Persoalannya sekarang,kenapa orang UMNO masih teragak-agak untuk membuat perubahan dan pendekatan Islam yang lebih agresif berbanding parti lawan. UMNO perlu sedar bahwasanya orang Melayu-Islam kini inginkan sesuatu yang lebih advance selaras dengan perkembangan dan cabaran mutakhir. Bangsa Melayu inginkan pakej "2 in 1"-pembangunan dan kerohanian bersepadu - memelihara nilai teras (agama),jati diri (bangsa) tanpa mengorbankan keselesaan hidup yang diperlukan oleh rakyat Malaysia.

Kriteria penting ialah UMNO mesti membina keperibadian,karektor dan etika yang lebih murni berteraskan ajaran Islam.
Tegasnya UMNO mesti dilihat dan diyakini- to be seen and to be belived - sebagai wadah "Mukmin Profesional". Insya Allah.

Friday, September 11, 2009

Lailatul Qadar



Hari ini adalah merupakan hari yg ke 21 umat Islam diseluruh dunia telah berpuasa. Bila dikenang semula terasa begitu cepat masa telah berlalu. Tetapi masa yang lalu tetap akan pergi dan tak kan bisa untuk diulangi semula. Berbaki hanya 9 hari sahaja untuk ramadhan meninggalkan kita. Sinonimnya dihari-hari terakhir ini Allah telah menyediakan sesuatu yang istimewa buat Umat Islam yaitu Malam Lailatul Qadar,malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Saya masih ingat ketika kecil dahulu,orang tua dikampung sering membayangkan yang malam Lalitul Qadar ini adalah malam yang mana barangsiapa dapat bertemu,semua permintaan mereka akan dikabulkan oleh Allah. Waktu itu fikiran saya pantas dan cepat beranggapan apakah agaknya yang akan saya minta jika dapat bertemu malam ini. Tentunya banyak permintaan yang ingin diminta tika itu.

Mungkin tidak perlulah diulas apakah keistimewaan malam ini,kerana umum dari kita telah pun mengetahuinya. Apa yang ingin saya fokuskan disini ialah apakah kesannya dalam kehidupan seharian kita jika memperolehinya? Inilah yang lebih utama!

Mungkinkah semangat dan kecintaan kita dalam menghidupkan malam akan bertambah selepas ramadhan ini,jika pun tidak amalan ini dapat dilaksanakan dengan istiqamah? Ianya akan payah dan terseksa bagi mereka yang beramal kerana fadhilat semata-mata. Tetapi bagi mereka yang selama 11 bulan yang lalu telah pun mula beramal dan istiqamah menghidupkan malam mungkin tidak akan terasa apa-apa.

Dan seperkara lagi yang lebih penting dan utama dari itu semua ialah,adakah amalan malam yang dilakukan telah membuahkan hasil. Membina peribadi berakhlak mulia,kuat dan gigih dalam menjalankan aktiviti seharian. Sehingga dapat melahirkan muslim yang berjiwa besar. Sama-samalah kita fikirkan dan renungkan bersama...

Saturday, August 15, 2009

Sahabatku Asri

Pagi 13hb Ogos,entah kenapa pagi itu hati saya terasa bagai malas sungguh hendak keluar rumah. Kebiasannya saya dalam pukul 8 pagi dah pun bersiap untuk pergi ke pejabat. Sedang leka buat kerja dari rumah tiba-tiba saya terima panggilan saudara Ramli daripada Kuching,Sarawak yang mengatakan Asri Ibrahim telah tiada..saya terpaku dan sedu sebentar.

Waktu itu menunjukkan jam 11.35pagi dan mengikut maklumat awal beliau telah pun meninggal dunia pada jam 11.30 yakni 5 minit sebelum itu. Saya terus bergegas untuk pergi ke Hospital Pantai,Kuala Lumpur dengan ditemani oleh saudara Amran & Zul Fadzli (Raihan).

Alhamdulillah saya berpeluang melihat wajahnya buat kali terakhir. Dan sejuk hati bila melihat beliau pergi dalam keadaan tenang dengan wajah yang berseri. Ketika itu kelihatan ramai teman-teman yang mula berdatangan untuk melihat juga. Terasa bahwa beliau sangat disenangi oleh semua manusia yang pernah mengenalinya.

Ingatan saya terus menerapa pada ketika era awal 90an dulu. Saya masih teringat ketika itu saya giat dan aktif dengan kumpulan The Zikr. Beliau pula dah lama aktif dengan kumpulannya sendiri yang dikenali Nada Murni. Kami pernah merakamkan video klip bersama-sama yang kalau saya tidak silap "Penawar Hati". Dan saya bersama Nazrey Johani mendendangkan lagu "Al-Hijrah". Yang kerananya kami mula dikenali ramai dikalangan jemaah Islam yang lain dek kerana video klip tersebut.

Beliau saya lihat tidak pernah kelihatan letih dan ternyata komited dengan tugas yang diberikan padanya. Senyuman sentiasa menjadi hiasan dibibirnya walau dimana dia berada. Bicaranya sopan santun dan lemah lembut. Saya bukanlah terlalu rapat dengan beliau,tetapi sekali sekala berjumpa terasa kemesraannya.

Hinggalah bila beliau menubuhkan kumpulan Rabbani dan The Zikr telah ditukarkan kepada Raihan kami masih sentiasa bertemu dalam majlis-majlis rasmi ataupun tidak rasmi. Tetapi,apa yang membanggakan pada saya,walaupun beliau telah dikenali ramai secara komersial berbanding ketika era 90an dulu,yang mana nasyid hanya sekadar didendangkan dimajlis kawin ahli dan majlis usrah tarbiah,tetapi saya melihat beliau tetap sama seperti dulu. Dan saya yakin beliau memang ikhlas dengan perjuangannya. Dan itulah salah satu kekuatan kepada sahabat-sahabat Rabbani yang lain.

Walaupun kumpulan Raihan sendiri telah mengalami gelombang Tsunami mereka,tetapi Asri dan teman-temannya masih tetap bersatu dan berkasih sayang sesama mereka. Asri lah tunggak kekuatan mereka. Semangat juang yang ditunjukan beliau,dedikasi beliau saling tak tumpah seperti semangat yang ditunjukkan oleh Arwah Zaire(Raihan). Kedua-dua mereka adalah ikon nasyid yang perlu dicontohi oleh mana-mana kumpulan yang ingin memperjuangkan irama nasyid dipersada seni.

Pesanan saya kepada sahabat-sahabat Rabbani teruskanlah perjuangan Asri ini,jangalah kalian berputus asa dan hilang arah bila beliau telah tiada. Ingatlah bahwa perjuangan untuk menegakkan dakwah melalui wadah nasyid ini akan tetap subur khususnya di bumi Malaysia.



Friday, July 3, 2009

Iktibar dari Michael Jackson


APABILA Raja Pop Dunia, Michael Jackson meninggal dunia pada 26 Jun 2009, dunia meratapi pemergian manusia luar biasa ini. Beliau meninggalkan segala kemewahan dunia pada usia 50 tahun dengan penuh tanda tanya selepas disahkan terkena serangan jantung di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Begitulah ketentuan Illahi setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Dan kematian bukanlah bermakna yang kehidupan telah berakhir,tetapi sebaliknya adalah permulaan kehidupan. Kerana setiap manusia yang hidup di dunia hakikatnya mereka mati sehinggalah mereka dipanggil Allah.

Michael Jackson atau nama Islamnya Mikaeel,adalah merupakan salah seorang hamba Allah yang telah hidup dizaman ini yang punyai watak,legasi,peribadi yang sangat berbeza dengan hamba Allah yang lain. Dengan keistimewaan luar biasa yang Allah anugerahkan padanya,beliau muncul menjadi salah seorang yang amat berpengaruh di dunia moden ini melalui medium muzik.

Sedari kecil beliau telah dididik dan didoktrin untuk menjadi seorang penghibur. Dan beliau berjaya! Kejayaan beliau diiktiraf oleh dunia. Dari manusia sekecil2nya hinggalah yang tua semua meminatinya. Muzik yang telah dibawanya berjaya menerobos sempadan dunia,tidak kira apa fahaman atau ideologi yang dianuti mereka. Semua sepakat menerima dan mengiktiraf beliau sebagai ikon muzik pop.Sehingga digelar "King of Pop".

Kehadiran beliau telah berjaya menyatukan umat manusia walaupun cuma bersifat sementara. Dimana saja beliau berada peminat-peminatnya akan menjerit tidak kurang juga yang histeria. Begitulah hebatnya manusia yang lebih dikenali sebagai "Jacko" ini.

Hidupnya dikelilingi dengan kemewahan dan kemahsyuran yang menjadi idaman setiap manusia. Apa saja yang yang diingini tidak akan ada siapa yang mampu menghalang. Hingga memdorong beliau membeli apa saja yang dia mahu tanpa memikirkan samada benda itu penting,perlu @ tidak.

Tetapi,rupa-rupanya semua itu hanyalah permainan media dan juga eksplotasi berlebihan dari pihak Michael sendiri. Realitinya hidup MJ diselubungi dengan kesunyian dan kesepian. Tidak ada siapa yang dapat membantunya walaupun keluarga terdekat beliau.Beliau terperangkap pada bayangan sendiri selama berpuluh tahun lamanya. Sehingga mendorong untuk dia melakukan sesuatu yang agak ekstrem pada kita dengan membuat berpuluh-puluh pembedahan kosmetik hanya semata-mata ingin kekal cantik dan bergaya. Yang akhirnya menghasilkan impak yang bukan sedikit pada tubuh badan beliau malah ianya juga menambah parah serta sakit jiwa beliau.

Sekian lama,MJ bergantung pada ubat-ubatan penahan sakit yang terdiri daripada bahan kimia beracun,demi untuk menenangkan beliau. Yang akhirnya beliau telah berhutang bukan sedikit hanya semata untuk menanggung kos perubatan tersebut. Pun begitu beliau masih tidak menemui ketenangan tersebut.

Hinggalah pada akhir 2008, Michael Jackson telah diberi hidayah oleh Allah. Beliau masuk Islam secara rasminya dan dikenali sebagai Mikaeel. Akhir hayatnya beliau mendapat jawapan apa yang dicari beliau selama ini. Yaitu kembali kepada Allah yang Esa,menjadi hambanya. Tetapi tempoh tidak sampai setahun untuk mendalami agama Allah ini beliau telah dipanggil oleh Allah. Untuk bertemu kepada PenciptaNya. Mudah-mudahan roh beliau akan ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang beriman. Al-Fatihah buat Allahyarham Mikaeel...


Thursday, April 2, 2009


Hari ini secara rasminya Malaysia telah pun memiliki seorang lagi Perdana Menteri yang baru. Sekaligus Perdana Menteri yang kelima akan beransur-ansur hilang dari ingatan kita. Saya merasa terpanggil untuk menyatakan sesuatu didalam blog ini mengenai Pak Lah yang saya kenali. Mulai hari ini juga Pak Lah seperti yg dijangka, telah pun bergelar "TUN". Tetapi saya yakin dan percaya walau apapun gelaran yg diberikan kepada beliau,peribadinya tetap sama dan tidak akan berubah.

Saya mengenali beliau lebih dekat,sejak mengikuti saudara sms,rakan blog yg mewakili muaalaf Sabah,sekaligus saya banyak mengenali beliau melalui pengalaman dan pandangan saudara sms sendiri. Tetapi apa yang saya lihat Pak Lah punya peribadi yang sangat menyentuh diri saya.

Belum pernah saya melihat seorang Perdana Menteri yang begitu merendah diri,boleh berbicara dan mendengar apa saja yang hendak disampaikan oleh rakyat dengan tenang. Tiada langsung kelihatan sifat kebangsawanan beliau. Komitmen beliau untuk menyatupadukan orang melayu tidak pernah lekang dari minda beliau.

Saya sendiri secara peribadi,pernah terlibat didalam usaha-usaha menyatupadukan orang melayu ini dengan mewakili beliau secara tidak langsung. Sifat kebergantungan beliau kepada Allah sangat tebal. Walaupun dikiri kanan depan belakang beliau,musuh-musuhnya tidak pernah berhenti untuk menikam beliau,tetapi beliau tetap yakin dan percaya dengan ketentuan Ilahi. Oleh itu kita dapat melihat dari riak wajahnya langsung tidak mengambarkan keresahan. Beliau kan sentiasa tetap tersenyum.

Sebagai seorang yang sangat komited dengan perjuangan Islam, saya merasakan Pak Lah banyak membantu didalam menggalakan lagi usaha-usaha dakwah ini. Tetapi sayangnya diketika era beliau,badan-badan dakwah yang ada seolah-olah kehilangan idea dan buntu untuk menyambut apatah lagi menggunakan peluang yang ada,dan ada yang lebih malang memandang prejudis dengan Islam Hadhari yang beliau lagangkan.

Walhal diketika era beliaulah sepatutnya badan dakwah samaada rasmi ataupun bernaung dibawah NGO menggunakan peluang itu untuk menyebarkan dan mengimarahkan aktiviti agama dengan jayanya. Tetapi semua ini tidak berlaku.

Kini Pak Lah telah pun meninggalkan kepimpinan negara ini secara rasmi pada hari ini. Tiada lagi kata-kata prejudis yang akan berlegar disekiling beliau. Beliau meninggalkan kepimpinan ini dengan hati yang tenang dan sabar. Walaupun banyak lagi kerja-kerja yang masih tidak selesai tetapi apa kan daya,sudah begitu kehendak takdir.

Apa yang penting,adakah idea dan saranan beliau selama ini akan dapat disambung oleh pengganti beliau. Sama-samalah kita melihatnya nanti. Saya tidak dapat menggambarkan hati dan perasaan saya kala ini. Sedih rasanya untuk berpisah dengan beliau. Sudah pasti saya akan merindui senyuman manis wajah beliau dan lemah lembut bicaranya.

Selamat Jalan Pak Lah...selamat bertugas Najib

Wednesday, April 1, 2009

April Fool

1 Apr 2009

Hari ini jika mengikut kebiasaanya adalah dikenali sebagai April Fool,yang mana akan berlaku banyak perisitwa "mengena dan dikena". Dalam kehidupan manusia di abad ini,peristiwa begini sering dan banyak berlaku.Ianya akan menimbulkan banyak masalah dan krisis. Tetapi berbeza pada April Fool ini, mengikut kebiasaanya,tiada siapa yang akan marah kepada kita jika mengena dan yang dikena,kerana menganggap ianya hanya gurauan semata.

Minggu lepas kita telah menyaksikan pucuk pimpinan UMNO telah berubah pimpinan. Ramai golongan yang kalah dalam pemilihan tidak dapat menyembunyikan kekecewaan mereka selain hanya satu@dua orang sahaja yang kelihatan gentlemen. Tapi begitulah ketentuannya,hidup bagai roda pedati,sekali kita diatas tidak kurang juga yang jatuh kebawah.

Mengikut kebiasannya,bila seorang pemimpin yang naik melalui undi,kemudian jatuh juga kerana undi,jarang yang dikenali,apatah untuk dihormati. Pengaruh telah tiada,kuasa pun hilang,inilah mimpi ngeri yang terpaksa dilalui oleh pemimpin politik.Kenapa begitu?Jawapannya mereka diangkat bukan melalui hati tetapi jari!

Jumaat ini,jika dizinkan Allah,Malaysia bakal menyaksikan seorang lagi Perdana Menteri Malaysia yang keenam dinobatkan. Sering kita lihat transformasi kuasa yang diamalkan di Malaysia biasanya berlaku dengan aman. Tetapi pada kali ini ramai pihak yang merasa cuak dengan peralihan kuasa kali ini. Ini kerana,bakal Perdana Menteri ini akan membawa bersamanya seribu satu imej yang pada pandangan ramai tidak pernah ada pada bakal seseorang Perdana Menteri di Malaysia lagi.

Persoalannya apakah beliau nanti mampu membuktikan kepada seluruh Malaysia yang beliau boleh dan imej yang direka oleh musuh-musuh beliau dapat terhapus secara langsung. Sebagai rakyat Malaysia,saya mendoakan agar beliau berjaya! Tidak kurang juga cabaran dan liku-liku penting akan terpaksa beliau hadapi dimasa-masa yang mendatang ini,dan yang paling terdekat ini adakah BN dibawah kepimpinan beliau dapat menebus semula Dua Bukit dan Satu Batang sekaligus memastikan semua ini kembali kepangkuan BN semula.

Sunday, March 22, 2009


Esok bermulalah satu episod yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia. Kerana bermula esok semua mata akan tertumpu ke PWTC dimana berlangsungnya Persidangan UMNO yang membawa bersamanya episod panas,kontrovesi serta ketidakpuasan hati ahli-ahlinya.

Persidangan kali ini amat penting dan bermakna buat hampir 4 juta orang ahlinya,kerana pada persidangan kali ini dijangkakan UMNO bakal akan mendapat seorang Presiden,Timbalan Presiden,Naib Presiden dan Ahli-ahli Majlis Tertinggi yang baru.

Tentulah akan banyak janji-janji muluk mahupun cadangan yang bernas,teguran yang menyakitkan telinga dan tidak kurang juga cemuhan yang menghina peribadi seseorang bakal akan berlegar-legar disepanjang persidangan itu nanti.

Sesungguhnya zaman telah berubah,dengan adanya saluran alternatif seperti internet,seharusnya semua ahli UMNO haruslah peka dengan situasi dan keadaan semasa. Mereka tidak lagi boleh bergantung semata-mata dengan input yang sedia ada. Mereka harus ada inisiatif untuk melakukan perubahan "dari dalam ke luar".

Ramai masyarakat berpandangan UMNO semakin tidak relevan lagi di Malaysia,walaupun mereka mempunyai majoriti yang terbesar dalam BN, sekaligus mengetuai kerajaan Malaysia sekarang. Kenapa ini berlaku?

Apakah UMNO akan mengalami nasib yang sama seperti Golkar di Indonesia,LDP di Jepun,Kongres di India,Koumintang di Taiwan. Semua parti-parti ini telah pun mengalami kemorosotan undi dan tidak lagi menjadi parti tunggak kepada negara mereka sendiri. Mereka telah hampir-hampir karam dan menjadi lipatan sejarah. Apakah UMNO ingin mengikut jejak langkah ini? Persoalan ini harus ditanya dan dijawab oleh bakal-bakal pemimpin UMNO yang akan dilantik nanti.

Oleh itu, GB ingin mencadangkan jika UMNO ingin terus relevan dan diterima,UMNO haruslah memliki MINDA PENYELAMAT UMNO iaitu buah fikiran yang mampu menyelesaikan permasalahan dan kemelut parti. MINDA PENYELAMAT UMNO adalah merupakan ubat dan resepi untuk menyelamatkan UMNO sekaligus meyakinkan rakyat terhadap kepimpinan.

MINDA PENYELAMAT UMNO adalah ilmu,buah fikiran dan gagasan tajdid yang hebat dan luarbiasa sehingga mampu menyelesaikan semua permasalahan. Ahli UMNO haruslah bersedia dan dibawa kearah pemikiran yang disebut pemikiran Islam bukan pemikiran umat Islam. Sesungguhnya umat Islam sekarang sangat terkeliru dengan persoalan ini. Fikiran Islam itu ialah walau topik apa sama ada pendidikan,ekonomi,kebudayaan,kemasyarakatan,pentadbiran,perhubungan mahupun kemajuan mestilah bertunjang dan berteraskan dengan iman. Apabila bertunjangkan iman dan didisiplinkan dengan syariat Islam,insya Allah barulah semua itu akan jadi ibadah sekaligus menjadi bekalan buat kita bertemu dengan Allah kelak. Selamat bersidang!



Saturday, March 21, 2009

Perkasa Umat Melayu,kemana dan dari mana?



Dunia pada umumnya sekarang telah menghadapai krisis nilai yang teramat teruk,dimana sahaja kita pergi,akan terlihat pada pandangan mata kita betapa manusia telah terlalu jauh daripada tujuan dan asal kenapa mereka dijadikan. Hidup dengan dikelilingi oleh krisis dan tekanan menyebabkan nilai umur manusia sekarang sudah hampir-hampir tiada.

Begitu juga yang berlaku di tempat kita sekarang,bumi Malaysia yang tercinta,tidak terlepas daripada cengakaman krisis dan tekanan yang semakin hari semakin bertambah. Rata-rata dari kita amat sedar dan terlalu sedar dengan fenomena ini,tetapi bak kata pepatah melayu ala bisa,tegal biasa!


Lihatlah didepan mata kita,baik di TV,Radio,Internet dan suasana sekiling kita,semuanya yang ada sudah menunjukan seolah-olah kita sudah hilang punca bagaimana untuk menyelesaikannya.

Ada segolongan daripada kita melihat dan berkata,kita kena pertahankan kuasa dan hak keisitimewaan bangsa kita,barulah orang lain akan menghormati bangsa Melayu ini.Lalu mereka ini berjuang bersungguh untuk mempertahankan apa yang diyakini mereka,tak kurang juga segolongan daripada bangsa kita yang percaya dan yakin bahwasanya umat melayu kalau mahu berjaya dan dipandang mulia harus ada kuasa politik (politik will) Atau dengan kata lain survival bangsa kita harus selamanya bergantung dengan kuasa politik ini.

Begitupun dikalangan kelompok yang lain percaya umat melayu kalau ingin berjaya haruslah memiliki kepandaian dan kebolehan di dalam segala bidang supaya dengan itu kita akan mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain.Dasar bumiputera,DEB adalah cetusan dan idea yang masih dipertahankan sehingga kini.Persoalannya apakah diantara pendapat dan pegangan yang telah kita sebutkan benar-benar boleh menjadi penyelamat kepada krisis nilai yang kita hadapi sekarang?

Percayalah,sudah sampai masanya untuk kita kembali kepada akar kita,kembali kepada basic kita,apa yang telah berlaku sekarang hanyalah merupakan buah @ pucuk daripada akar yang telah rosak.Bila akar telah rosak,kering kontang,tak bermaya maka buah yang terhasil pun tidak akan memberi apa-apa makna.Lebih-lebih lagi buah itu langsung tidak memberikan apa-apa kebaikan buat manusia.

Umat Melayu harus kembali dan berusaha bersungguh-sungguh membaiki diri sendiri dengan mencari jalan pulang yang sebenar. Kembali kepada penciptaNya. Kenali diri kamu,barulah kamu akan kenal Pencipta Kamu. Membaiki diri dengan menghias diri kita melalui jalan mujahadah Nafs untuk mendapat nilai jati diri sebenar.

Kenal Allah,kenal akhirat serta membesarkannya,ukhuwah dan persaudaraan dikalangan bangsa hendaklah dicetuskan dan dipupuk dari semasa hingga ke semasa. Iman & taqwa hendaklah diusahakan sungguh-sungguh mencapainya. ISO Rasulullah hendaklah menjadi target kita semua. Sesungguhnya umat melayu sudah terlalu lama untuk menanguh-nanguhkan agenda ini. Meriahkanlah bumi Allah ini dengan zikrullah dan selawat.Insya Allah kebahagiaan sebenar akan menjadi milik kita.

Tuesday, March 10, 2009

Bersatulah wahai pemimpin-pemimpinku



3 jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, dimana Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurui Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat Mudir Madrasah berkenaan. Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantika oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmikan persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim. Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama. Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan hampir 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang. Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud.

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud. Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesutau yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenana kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai. Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini.

“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahlijawatankuasa Madrasah berkenaan enggan menjawab apa kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu? Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.


Jika benar apa yang saya terima melalui e-mail daripada seorang sahabat tadi,maka saya rasa sayalah orang yang paling gembira saat ini,kerana pada pada pandangan saya sudah sampai masanya untuk kita semua bersatu,tambahan pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Segala polemik hendaklah diselesaikan dengan segera. Kedua-dua pemimpin ini mempunyai asas agama yang kuat. Datang daripada Negeri dan budaya yang sama,sudah pasti ianya akan memberi banyak kelebihan.


Anwar dengan kepintaran kata,PR yang baik serta ditambah dengan pengaruh beliau sudah tentu boleh membantu kerajaan Pak Lah untuk menarik pelabur-pelabur terutama daripada Timur Tengah untuk datang melabur ke Malaysia secara agresif. Segala pengalaman yang ada pada beliau haruslah dicurahkan dan diguna pakai semula bukan kerana Pak Lah tetapi kerana Allah.


Pak Lah adalah seorang pemimpin yang paling sabar yang pernah saya kenali. Pemimpin yang paling tenang dan paling baik yang pernah lahir dikalangan UMNO,tetapi sayang kebaikan beliau tidak dihargai oleh orang-orang UMNO sendiri. Gagasan Islam Hadhari yang beliau perkenalkan langsung tidak difahami apatah lagi mahu diikuti oleh orang UMNO sendiri. Niat beliau untuk meng"Islamkan kembali UMNO tidak kesampaian. Anwar pernah mara dulu dengan gagasan "Islam Madani" pun lumpuh ditengah jalan. Kedua-dua pemimpin ini telah pun merasa bahangnya bila ingin kembali kepada Islam. Setiap yang baik pasti akan diuji oleh Allah,terpulanglah sejuah mana hambaNya mengambil iktibar daripada ujian-ujian tersebut disamping ingin mengetahui sejauh mana keimanan kita didalam menghadapinya. Kembalilah kepada basic! Kepada asas Iman dan Taqwa. Insya Allah Malaysia akan kembali menjadi cemerlang, gemilang,terbilang dalam menegakkan syiar Allah dan menjunjung hukum hakam Allah.

Saturday, March 7, 2009

Akademi Fantasia,dimanakah relevannya?

Minggu ini,hinggalah minggu-minggu keseterusnya,umat melayu sekali lagi bakal sibuk terutamanya dihujung minggu untuk mengikuti perkembangan calon-calon pelajar kesukaan mereka. Maka berbondong-bondonglah sms yang bakal akan dikirimkan kepada Astro yang menganjurkan program ini. Semua aktiviti mingguan seperti mesyuarat,ko-kurikulum,kenduri kendara,aktiviti ziarah akan bertukar waktunya sesuai dengan hangat dan rancaknya demam akademi fantasia ini.

Hampir 99% calon yang hadir untuk di ujibakat terdiri daripada anak-anak melayu. Ini adalah jalan pintas untuk menjadi kaya dan terkenal. katanya... daripada seorang anak peneroka felda Mawi telah menjadi ikon hiburan paling terkemuka di Malaysia pada ketika ini. Semua anak muda melayu menjadikan beliau sebagai idola untuk berjaya dan hidup mewah. tetapi persoalannya adakah semua yang berjaya menjadi pelajar akademi ini berakhir dengan apa yang mereka idamkan,walaupun setelah menjadi pelajar akademi fantasia.?

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan satu berita salah seorang daripada mereka,telah terpaksa dimasukan ke hospital kerana mengalami tekanan jiwa! Oow kenapa begitu jadinya? Ku sangka panas hingga ke petang,rupanya hujan ditengahari..

Rupanya menjadi terkenal bukanlah jalan untuk hidup bahagia dan tenang. Semua yang dikejar oleh anak-anak muda kini ibarat fatamorgana,dari jauh dilihat ada,bila didekati dia menghilang. Ketenangan yang sebenar ialah bilamana kita kenal Allah dan takut padaNya. Mendekati Allah,berbisik-bisik pada-Nya adalah sumber ketenangan dalam hidup.

Tapi sayang seribu kali sayang,program ke arah memperkenalkan Allah hampir-hampir telah tiada. Yang ada hanyalah sisipan-sisipan sepi yang tak bermaya. Kekadang mereka yang kononnya menjadikan hiburan sebagai medium untuk mengenalkan Allah kepada masyarakat,turut kecundang dengan tipuan dunia ini.

Mereka menjadikan platform nasyid sebagai batu loncatan untuk dikenali, setelah berjaya mendapat tempat,nasyid ditinggalkan. Dengan mencipta berbagai alasan mereka telah beralih ke alternatif yang lain seperti balada,world muzik,pop rock dll. Berjayalah syaitan menipu daya. Tidak kurang juga yang masih bertahan,tetapi ibarat retak menanti belah...




Mengapa mesti kasar?







Sabtu 7 Mac 2009 Berita Harian KUALA LUMPUR: Seramai lapan lelaki ditahan manakala 119 lagi diperiksa kerana terbabit dalam perarakan haram dari Masjid Negara ke Istana Negara, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Mereka adalah antara ribuan peserta perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mengingkari arahan polis. Berikutan itu, polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan mereka terbabit yang bertindak merempuh kawalan keselamatan.

Hampir semua orang tahu,bahawa kebanyakan pejuang Islam suka marah-marah,menuduh,menyangka-nyangka,menyumpah,menghina,mencerca dan memulau sesama Islam.Masyarakat bukan tidak suka pada Islam yang mereka bawa,tetapi tidak boleh menerima sikap gelojoh,kasar,dan gopoh gapah mereka itu. Belum tentu umat Islam yang mereka katakan musuh itu menentang Islam. Mungkin mereka hanya menolak sikap pejuang-pejuangnya sahaja.

Sepatutnya jika kita mengaku pejuang Islam,Islam haruslah diperjuangkan bersama akhlak yang mulia,bahkan akhlak mulia itu adalah satu hukum Islam yang mesti diperjuangkan,fardhu ain hukumnya melebihi dari hukum kenegaraan dan undang-undang sivil.

Tugas kita hanyalah menyampaikan,benarlah sabda Nabi;"sampaikan dariku walaupun sepotong ayat". Jadi berjuang ini bukan buat kerja kita,tapi buat kerja Allah. Maknanya Allah tak suruh pun kita kasar,keras,menghina apatah lagi membuka aib manusia. Bila orang tak terima cakap kita kan kah elok kita katakan" Tugasku hanya menyampaikan."

Petunjuk itu ditangan Allah, Oleh itu terpulanglah kepada Allah untuk beri petunjuk kepada seseorang itu.Selama ini kita perjuangkan Islam ikut cara kita, bukan Allah suruh. kalau orang tolak kita,tidak ikut kita,kita umpat,tuduh,sangka,serta fitnah yang bukan-bukan pada dia. Lepaslah geram kita,tapi begitukah yang Allah suruh?Tidak bukan! jadi adakah Allah setuju dengan cara kita? Tentu tidak,kalau tidak setuju apakah yang kita dapat hasil dari perjuangan ini? Kemurkaan dan kutukan-Nya sahaja.

"Apakah kamu ambil sebahagian isi kitab,dan menolak sebahagian yang lain. Tidakkah sikap yang demikian itu melainkan akan mendapat kehinaan di dunia. Dan di akhirat akan dikembalikan kepada azab yang pedih."
Surah Al-Baqarah Ayat:85.

Sebab itu terjadi bermacam-macam bentuk perjuangan Islam hari ini. Masing-masing berjuang ikut rasa sendiri,ikut fikiran dan perasaan sendiri. Kalau mereka ikut cara dan kehendak Allah tentu tidak akan ada pergeseran dan permusuhan lagi. Dalam pada itu,jemaah Islam sekarang merasakan merekalah yang paling betul hingga tidak mahu menerima pendapat orang lain.

Orang yang ikhlas pada Allah, bila sampai kepadanya kebenaran,dia akan terima dan taat sekalipun kebenaran itu datang dari seorang budak. Mereka ada identiti mereka sendiri. Mereka tidak memaki-maki apalagi menuduh,memfitnah sampai tahap mengkafirkan orang lain. Mereka amat tegas dan keras dengan hukum Allah. Yang wajib dan sunat ditegakkan,yang haram dan makruh ditentang habis-habisan.

Orang mukmin yang berjuang kerana Allah dan Rasulnya,bukan berjuang untuk kemenangan,tetapi berjuang untuk Allah. Sebab itu mereka tak mudah hilang pertimbangan. Bila perjuangan mereka terkandas dan disekat,mereka cepat-cepat terkenangkan dosa mereka dan berusaha membaiki diri mereka.






Wednesday, March 4, 2009

Dilema Raja-raja melayu


Khamis, 05 Mac 2009 METRO

KANGAR: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mahu kemuliaan Raja-raja dipertahankan ketika pelbagai pihak mula mengungkit pelbagai perkara termasuk yang menyentuh isu Raja-raja dan kontrak sosial.

Menurut baginda, sudah sewajarnya kemuliaan itu dipertahankan kerana Raja-raja berperanan sebagai pelindung kepada rakyat jelata tanpa mengira fahaman politik, suku kaum serta anutan agama.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini ada pihak yang mula mempertikai kontrak sosial yang telah membawa negara mencapai kemerdekaan pada 1957, titah baginda semasa merasmikan seminar khas Perlembagaan Persekutuan anjuran kerajaan negeri di sini hari ini.

Dimanakah silapnya? apakah undang-undang yang ada masih tidak boleh menangani permasalahan ini. Mungkin sudah sampai masanya Sultan dan raja-raja melayu membuat satu transformasi ke arah menjadi role model sejati kepada rakyat jelata.

Mari kita lihat sejarah Melayu dahulukala,betapa orang melayu menjunjung setia kepada Sultan mereka seperti Sultan Muzafar Shah,tidak kurang juga di atas kebijaksanaan Sultan Alaudin Shah maka musuh dapat dikalahkan.

Apakah formula mereka? Jawapannya ialah kerana mereka benar-benar mengamalkan Islam. Undang-undang Islam dijunjung. Rakyat hidup bermaruah. Sehinggakan Melaka menjadi sangat terkenal di seantero dunia diketika itu. Islam telah membawa satu episod baru didalam kehidupan orang melayu yang sebelumnya menganut ajaran hindu.

Orang melayu mempunyai kekuatan dalaman yang amat luar biasa. Sehinggakan semua bangsa sangat menghormati mereka. Negara China yang besar itu pun mahu menjalinkan hubungan dengan Melaka dengan menghantar wakilnya melalui Laksamana Cheng Ho.

Alangkah indahnya jika semua Sultan dan raja-raja melayu kita kembali menghayati ajaran Islam yang tulen. Seluruh kaum kerabat baginda dapat menjadi contoh teladan yang baik buat rakyat jelata. Bersama-sama membaiki diri,bermujahadah melawan hawa nafsu yang cenderung kepada kejahatan. Mengamalkan Islam secara proaktif. Saya yakin hidup mereka akan dipandang mulia. Rakyat mentaati bukan kerana terpaksa sebaliknya kerana tertarik dengan akhlak mulia yang ada pada setiap peribadi mereka.

Instisusi raja akan kembali berperanan seperti dahulu, mmerintah secara adil dan saksama,rakyat dapat berlindung dan bernaung dibawah kuasa baginda.Ingat! Kuasa mutlak akan kembali kepada mereka. tetapi dengan syarat kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar,beriman dan bertaqwa,insya Allah Melayu akan kembali mejadi bangsa yang terbilang dengan berkat pemerintahan baginda.

Indahnya bila kita boleh bersyukur.


Kita ingin hidup ini terasa nikmat, tapi kalau tidak tahu ilmunya,nikmat yang ada boleh bertukar menjadi bala.Makanan yang enak jika tidak disyukuri akan menjadi tidak enak, baju yang elok jika tidak disyukuri akan terasa jelek, apatah lagi usaha melahirkan kebaikan yang tidak syukuri akan terasa tidak nikmat.

Jadi orang yang tidak bersyukur sama artinya dengan orang yang berusaha menafikan akan nikmat Allah. Rasulullah dalam sabdanya,menggolongkan orang yang senantiasa bersyukur itu ke dalam golongan 'manusia ajaib'. Apabila diberi kesenangan dia bersyukur, syukur menjadi kebaikan. Jika diberi musibah dia bersabar, sabar menjadi kebaikan pula. Jika seseorang punya dua sifat ini sudah tentunya kehidupannya akan menjadi sempurna.

Adapun ciri dari ahli syukur tersebut di antaranya, pertama, hatinya tidak pernah merasa memiliki sesuatu karena semuanya milik Allah. Orang yang memiliki ciri ini ketika diberi rezeki yang berlebih dia tidak sombong, begitu pun ketika diberi rezeki sedikit,dia tidak mengeluh. Ketika melihat kelebihan orang lain tiada hasad dalam dirinya dan ketika rezekinya hilang dia tidak sakit hati karena dia yakin semua yang dimilikinya hanyalah pinjaman dari Allah.

Ciri ahli syukur yang kedua, lisannya selalu basah dengan do'a syukur seperti hamdalah. Ciri ini selalu melihat ke bawah dalam urusan dunia. Orang yang pandangannya ke atas hampir dapat dipastikan dia kurang bersyukur. Yang dilihatnya hanyalah kekurangannya saja. Seperti ketika melihat jirannya memiliki kereta baru, yang dilihatnya kereta barunya, sementara kereta yang dia miliki tidak disyukurinya. Begitu pun ketika ada anggota badannya yang tidak sempurna, maka yang dilihatnya adalah ketidaksempurnaannya. Walhal masih banyak anggota badan lain yang harus disyukuri Pepatah cina mengatakan "Syukuri setiap keadaan".

Ciri yang ketiga, berterima kasih kepada orang yang kerananya kita mendapat nikmat. Dengan cara mengingat jasa, pengorbanan, dan kebaikan orang lain. Seorang ahli syukur pantang melupakan kebaikan walaupun sekecilnya dari orang lain walaupun dia sudah dihina atau dicaci. Ciri yang keempat, menggunakan nikmat yang ada untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah; mata dipakai untuk membaca Al-Quran, lisan digunakan untuk berdzikir, begitu pun dengan wang yang ada diguna untuk bersedekah. Itu bukti rasa syukur kita kepada Allah SWT.

Ciri kelima, menyampaikan nikmat yang diperolehnya kepada orang lain agar orang lain lebih mendekatkan diri kepada Allah.Yaitu memberi nikmat yang telah Allah berikan kepadanya, kepada orang lain dengan maksud orang lain meniru kebaikan yang kita lakukan semata-mata hanya karena ingin dipuji oleh Allah, bukan menyampaikan kebaikan dengan harapan diri kita mendapat pujian. Jadikanlah diri kita sebagai pengantara orang lain untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah.

Saudaraku, begitu banyak rezeki yang telah Allah berikan pada kita, begitu luas nikmat yang dapat kita rasakan. Namun, berapa banyak rasa syukur yang telah kita panjatkan? berapa kerap lisan kita basah oleh ucapan syukur? Dan berapa besar rezeki yang kita punyai terasa nikmat oleh orang lain?

Untuk itu, marilah kita mensyukuri segala nikmat yang ada. Yakinlah dengan janji Allah yang akan melipatgandakan rezekiNya bagi orang-orang yang senantiasa bersyukur. Semoga kita digolongkan menjadi Ahli Syukur.

Orang melayu mesti berjiwa besar


Dulu umat Islam dari kalangan orang Arab, bangsa Kurdi, Turki dan sebahagian dari bangsa Eropah pernah menjadi Empayar Islam. Mereka dihormati oleh bangsa-bangsa di dunia. Mereka menjadi guru dan ikutan kepada dunia. Sempat bangsa-bangsa di dunia menerima ilmu dari umat Islam. Itulah yang pernah berlaku suatu ketika dahulu. Setelah nikmat yang besar itu di beri oleh Tuhan tidak dijaga dengan baik, setelah umat Islam cinta dunia, lahirlah hidup nafsi-nafsi dan takut mati untuk perjuangkan Tuhan, Akhirat, Rasulullah SAW, syariat dan akhlak mulia, Akhirnya Tuhan hukum umat Islam.

Maka jatuh satu empayar Islam yang besar kemudian dijajah oleh penjajah dari Barat. Ada yang dijajah oleh British, Belanda, Sepanyol, Amerika, Jerman, Itali, Portugis dan Perancis. Ada negara yang dijajah 300 dan 400 tahun. Paling tidak 100 tahun. Empayar Islam jatuh kerana jiwa umat Islam sudah rosak dengan cinta dunia dan takut mati dalam untuk mempromosikan Allah.

Bila penjajah ambil kesempatan untuk menjajah, umat Islam dirosakkan pula oleh penjajah. Umat Islam dirosakkan aqidah dan fikirannya melalui pendidikan, kebudayaan dan ekonomi. Akhirnya tercetuslah kerosakan yang begitu luas hingga ke surau, masjid, tempat hafal Quran dan hadis, rosak di tempat-tempat Islam dan di tempat-tempat fekah. Walaupun sekarang seluruh negara Islam sudah merdeka tetapi yang merdeka hanya fizikal. Aqidah, fikiran, perasaan, akhlak, syariat dan perpaduan belum merdeka.

Sebab itu walaupun negara umat Islam ada yang sudah 100 tahun merdeka, negara kita sendiri 40 tahun dan ada yang 30 tahun namun begitu bukan sahaja tidak ada sebuah negara Islam yang menjadi empayar bahkan untuk dapatkan sebuah negara Islam yang boleh berdiri sendiri, kuat, dihormati dan dikenali oleh dunia seperti Jepun dan Korea, itupun tidak ada. Betapalah untuk jadi empayar. Sebaliknya negara-negara yang sangat kusut hari ini adalah negara-negara yang diduduki oleh umat Islam. Yang menjadi masalah hari ini ialah negara umat Islam.

Kenapa? Kerana jiwa kita sudah lama dirosakkan. Yang ada hanya hidup membawa diri masing-masing dan fikir diri. Akhirnya tiada lagi bangsa umat Islam di dunia samada bangsa Melayu, India, Turki, yang berjiwa besar. Walaupun ilmu sudah besar, kekayaan sudah besar, langkah sudah jauh boleh round dunia, tetapi cita-cita kecil sangat. Apa cita-cita kita? Ada yang dari kecil sudah dididik oleh ibubapa dan guru, kalau pandai dapat sijil, dapat gaji besar, maka hebatlah hidup kita. Kecil sangat cita-cita. Hanya cita-cita diri. Kalau ada cita-cita kampung, mukim, daerah, negeri, negara, bangsa, masih boleh tahan.

Tetapi setakat itu pun tidak ada. Masing-masing fikir tentang rumah, kereta, diri, keluarga sendiri. Semua orang di kampung dan di bandar sama pemikirannya. Mufti dan ulamak juga berfikiran begitu. Perjuangan menjadi tidak besar akibat dari jiwa bangsa umat yang tidak besar. Kita fikir diri dan keluarga sahaja. Kalau bertemu satu sama lain samada antara keluarga atau dengan yang bukan keluarga, kita bercerita tentang makan, minum, pakaian, kasut, songkok, makan, ayam dan itik. Tidak lebih dari itu. Umat Islam tidak ada lagi jiwa besar. Bila tidak ada jiwa besar, tidak adalah cita-cita besar maka tiadalah perjuangan yang besar. Sebab itu kalau kita baca sejarah sejak 5, 6 ribu tahun dahulu sampai hari ini, bangsa yang jadi empayar itu bukan bangsa yang besar, yang bilanganya ramai, bukan yang negaranya luas tetapi bangsa yang menjadi empayar adalah bangsa yang:

1.Berjiwa besar 2. Ada bercita-cita besar

Maka tercetuslah satu perjuangan yang besar walaupun bilangan bangsa itu kecil sahaja. Hari ini umat Islam dari kalangan bangsa Arab berjumlah lebih kurang 100-150 juta orang. Sewaktu menjadi empayar, hanya 2 atau 3 juta orang sahaja. Perjuangan tidak bergantung kepada ramai orang. Bangsa Kurdi menjadi empayar semasa Salehuddin Al Ayubi. Bilangannya pada waktu itu lebih sedikit iaitu sekitar 100-120 ribu. Sekarang puak Kurdi ada 5 atau 6 juta orang. Bangsa Turki pula sekarang ada 50 juta orang. Sewaktu menjadi empayar umat Islam, Turki hanya 1-2 juta sahaja. Waktu itu Turki menguasai 29 negara termasuk sebahagian Eropah.
Ada bangsa yang besar tetapi tidak jadi empayar kerana cita-citanya kecil. China dan India, jumlah penduduknya besar tetapi tidak pernah jadi empayar. Orang Melayu sehingga sekarang ada 300 juta tetapi tidak menjadi empayar kerana cita-citanya kecil. Hanya fikir tentang makan, minum, ayam dan itiknya.

Tidak kira apa bangsa, mereka yang berjaya dan cemerlang memiliki sekurang-kurangnya lima ciri asas:

· Rajin,Berani,Sabar,Bertanggungjawab,Kreatif.

Lima ciri di atas adalah natijah atau buah dari berjiwa besar. Siapa saja yang berjiwa besar automatik akan mendorong dan merangsang mereka untuk memiliki ciri-ciri di atas.

Saiz jiwa manusia, yakni kuat atau lemah, kecil atau besar boleh diukur sejauh mana mereka memiliki lima ciri-ciri di atas. Manusia yang berjiwa lemah, masalah yang kecil dan remeh dirasainya amat besar dan sukar. Urusan yang mudah dan ringan dirasai sebagai susah dan beban yang berat. Sebaliknya mereka yang berjiwa besar urusan yang sukar dirasai mudah dan ringan. Masalah yang berat dan besar dihadapinya seolah-olah tiada masalah.

Besar atau kecilnya jiwa sesuatu bangsa itu ditentukan oleh besar atau kecilnya cita-cita mereka. Bangsa yang bercita-cita kecil, jiwa pun turut kecil dan lemah. Bangsa yang bercita-cita besar maka jiwanya juga adalah besar.

Beberapa kategori cita-cita manusia:

1. Cita-cita dan matlamat memenuhi keperluan atau kemahuan diri dan keluarga.
2. Cita-cita untuk etnik atau kampung.
3. Cita-cita institusi atau kumpulan.
4. Cita-cita negara
5. Cita-cita bangsa
6. Cita-cita agama
7. Cita-cita dan matlamat ALLAH

Semenjak zaman berzaman bahawa bangsa yang memiliki cita-cita kategori ketujuh iaitu cita-cita dan matlamat ALLAH adalah bangsa yang memiliki jiwa paling besar. Tidak ada bangsa lain yang mampu melawan Yahudi kerana mereka yang paling besar jiwanya kecuali para Rasul serta pengikutnya yang memperjuangkan ALLAH.