Tuesday, March 10, 2009

Bersatulah wahai pemimpin-pemimpinku



3 jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, dimana Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurui Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat Mudir Madrasah berkenaan. Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantika oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmikan persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim. Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama. Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan hampir 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang. Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud.

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud. Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap. Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesutau yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenana kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai. Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dlihat sebagai bermusuhan selama ini.

“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahlijawatankuasa Madrasah berkenaan enggan menjawab apa kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu? Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.


Jika benar apa yang saya terima melalui e-mail daripada seorang sahabat tadi,maka saya rasa sayalah orang yang paling gembira saat ini,kerana pada pada pandangan saya sudah sampai masanya untuk kita semua bersatu,tambahan pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang. Segala polemik hendaklah diselesaikan dengan segera. Kedua-dua pemimpin ini mempunyai asas agama yang kuat. Datang daripada Negeri dan budaya yang sama,sudah pasti ianya akan memberi banyak kelebihan.


Anwar dengan kepintaran kata,PR yang baik serta ditambah dengan pengaruh beliau sudah tentu boleh membantu kerajaan Pak Lah untuk menarik pelabur-pelabur terutama daripada Timur Tengah untuk datang melabur ke Malaysia secara agresif. Segala pengalaman yang ada pada beliau haruslah dicurahkan dan diguna pakai semula bukan kerana Pak Lah tetapi kerana Allah.


Pak Lah adalah seorang pemimpin yang paling sabar yang pernah saya kenali. Pemimpin yang paling tenang dan paling baik yang pernah lahir dikalangan UMNO,tetapi sayang kebaikan beliau tidak dihargai oleh orang-orang UMNO sendiri. Gagasan Islam Hadhari yang beliau perkenalkan langsung tidak difahami apatah lagi mahu diikuti oleh orang UMNO sendiri. Niat beliau untuk meng"Islamkan kembali UMNO tidak kesampaian. Anwar pernah mara dulu dengan gagasan "Islam Madani" pun lumpuh ditengah jalan. Kedua-dua pemimpin ini telah pun merasa bahangnya bila ingin kembali kepada Islam. Setiap yang baik pasti akan diuji oleh Allah,terpulanglah sejuah mana hambaNya mengambil iktibar daripada ujian-ujian tersebut disamping ingin mengetahui sejauh mana keimanan kita didalam menghadapinya. Kembalilah kepada basic! Kepada asas Iman dan Taqwa. Insya Allah Malaysia akan kembali menjadi cemerlang, gemilang,terbilang dalam menegakkan syiar Allah dan menjunjung hukum hakam Allah.

2 comments:

  1. dalam dunia ini ada dua hukum yang berbeza hasilnya, pertama hukum Allah yg tiada siapapun manusia mampu menolaknya kerana pasti, kedua hukum manusia yg boleh berubah mengikut kehandak manusia. Demikian kejadian ' pertamuan ' dua pemimpin antara Anwar n Pak Lah yg tidak terancang atau d rancang ...perseolan d sini adalah apakah yg tersirat d sebalik kejadian ini ? hanya mereka yg terlibat mengatahuai jawabannya atau boleh sahaja kita memberi andaian 1. perundingan berlaku 2. perjanjian 3. perlaksanaan 4. hasinnya bekal terjadi. Apa hasilnya kta tunggu nanti .... semoga jadual Allah berlaku demi kedaulatan Islam

    ReplyDelete
  2. "saya pernah mendoakan pak lah naik, dan menjadi kewajipan saya mempertahankan orang yang didoakan"...

    * Pengerusi Gabungan NGO Sabah (yang mempertahan Pak Lah)

    ReplyDelete